ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Tindakan pantas pekerja selamatkan nyawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Tindakan pantas seorang pekerja penghantaran berjaya menyelamatkan nyawa tiga kanak-kanak daripada menjadi mangsa serangan individu bersenjatakan pisau dalam satu kejadian berdekatan sebuah sekolah di Dublin pada Khamis, lapor Sptunik.

Menurut laporan media tempatan, dalam kejadian itu Caio Benicio, 43, berasal dari Brazil menggunakan topi keledar untuk menghalang seorang lelaki cuba menyerang sekumpulan orang.

Dalam kejadian itu sekurangkurangnya lima orang cedera, termasuk tiga kanak-kanak.

Polis berjaya menahan suspek lelaki berusia 50-an di tempat kejadian.

Pegawai penyiasat berkata suspek bertindak bersendirian dan serangan itu tidak bermotifkan keganasan.

“Ada ramai orang di situ tetapi tidak dapat membantu kerana suspek bersenjata.

Jadi saya gunakan topi keledar untuk halang penyerang.” kata Benicio kepada akhbar Ireland, The Journal.

Kejadian itu mencetuskan rusuhan yang menyaksikan sebuah kereta peronda, trem dan bas dibakar, namun rusuhan itu berjaya dihentikan, kata polis. – Bernama-Sputnik

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu