ARTIKEL

Tindakan pelik seekor kucing beritahu kehadiran ular di Pusa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Tindakan pelik seekor kucing peliharaan bernama Didi menyedarkan pemilik sebuah kediaman dengan kehadiran seekor ular tedung senduk yang bersembunyi di sebalik dapur.

Kira-kira tengah hari semalam, satu keluarga di Kampung Tengah gempar dengan keberadaan reptilia berbisa itu.

Menurut penghuni kediaman tersebut, pihaknya hanya menyedari ada ular di dalam rumah setelah melihat reaksi pelik Didi.

“Kami hairan melihat Didi terjenguk-jenguk ke bahagian tepi dinding dapur.

“Bunyinya seolah-olah memberitahu sesuatu dan tidak tahan dengan bunyi Didi, saya bertindak meninjau tempat yang dimaksudkan.

“Alangkah terperanjatnya saya melihat seekor ular tedung senduk berada di tepi dinding dapur dalam keadaan sedang menelan seekor tikus,” katanya di sini, semalam.

Dia katanya terus memberitahu jiran-jiran untuk mendapatkan bantuan untuk menghalau ular tersebut.

“Oleh kerana ia diketahui sebagai haiwan yang mempunyai bisa termasuk mengundang maut, maka saya terpaksa meminta tolong banyak pihak.

“Ramai yang datang membantu dan pada satu ketika, ular tersebut berjaya melepaskan diri ke bawah tangga (kaki lima). Ia bersembunyi agak lama.

“Namun selepas dua jam, ular tersebut berjaya ditundukkan dengan menjerat kepalanya menggunakan tali. Ular berkenaan selepas itu dibuang ke sungai,” ujarnya.

Katanya lagi, kali ini sudah lima kali ular bertandang ke kawasan rumah tetapi sebelumnya kesemuanya jenis ular sawa.

Beliau bersyukur kerana kucing kesayangannya bernasib baik tidak menjadi mangsa ular tersebut.

BERSEMBUNYI… Tempat persembunyian ular tedung senduk mula-mula disedari.
DIDI… Kucing milik penghuni kediaman yang menyedari kehadiran reptilia berbisa di Kampung Tengah, semalam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU