ARTIKEL

Anthony Loke (duduk tengah) bercakap pada sidang media bagi program tinjauan mesra di pekan Kuala Kubu Baharu sempena kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu hari ini, diapit oleh Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo (duduk kiri) dan Pang Sock Tao (duduk kanan).

Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam – Anthony Loke

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HULU SELANGOR: Tindakan Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI) P. Ramasamy, yang meminta pengundi terutamanya masyarakat India supaya tidak mengundi calon Pakatan Harapan (PH), hanyalah bertujuan untuk membalas dendam terhadap DAP dan PH.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata tindakan politik tanpa hala tuju itu dipercayai dibuat selepas nama Ramasamy digugurkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, Ogos tahun lepas.

“Suruh pengundi tak undi calon Kerajaan Perpaduan (Pang Sock Tao) tetapi dia ada beri alternatif untuk undi siapa? Dia sendiri pun tak tahu dan tak ada alternatif. Dia kena ingat, mengundi itu (adalah) hak warga negara dan kita yakin mereka (pengundi) bijak menilai.

“Dia bebas nak cakap apa tapi kalau kita ikut cakap dia, kita pun akan jadi sesat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan aktiviti kempen bersama Pang yang dipertaruhkan mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo.

Loke, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata tindakan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kempen Pang, sebaliknya bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mendapat respons yang baik setiap kali turun berkempen bertemu penduduk sekitar.

“Parti dalam Kerajaan Perpaduan juga membantu dan memberikan sokongan penuh, malah kita juga akan mula melakukan ceramah mega perdana dengan menampilkan nama-nama besar pimpinan dalam parti Kerajaan Perpaduan bermula Jumaat ini,” katanya.

Pada Ahad lepas, media melaporkan Ramasamy, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, telah memulakan kempen dengan meminta pengundi di KKB menolak PH.

Dalam pada itu, Loke berkata PH hanya akan berkempen secara matang dengan mempromosikan calon berdasarkan fakta serta kemampuannya tanpa menjatuhkan maruah pencabar lain.

“Contohnya, isu kelayakan akademik calon (Perikatan Nasional), bukan kita yang mulakan, netizen yang tanya menerusi media sosial dakwa kelayakan tidak sah, tetapi mereka cuba alih perhatian ramai dengan serang dan tanya kelulusan pendidikan calon kita pula dan kita jawab dengan fakta,” katanya.

Pada PRK berkenaan, Pang ditentang oleh tiga pencabar, iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi, manakala pengundian awal pada 7 Mei. — BERNAMA

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,