ARTIKEL

Tindakan yang mengelirukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan kerajaan mengumumkan pembatalan darurat sebelum ini jelas mengelirukan dan wajar dipertikaikan semua pihak termasuk pembangkang.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir berkata, isu itu wajar dibentangkan di Parlimen berlandaskan sistem demokrasi mengikut perlembagaan negara.

“Semua pihak termasuk pakar udang-undang mempertikaikan mengapa isu ini tidak dibincangkan balik sedangkan rakyat dan ahli parlimen tertunggu-tunggu untuk membahaskan isu itu di Parlimen,” katanya pada temu bual di Borneo Channel di sini, semalam.

Katanya, sepatutnya apabila Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat, ia harus dibawa balik kepada Baginda untuk menentukannya.

Tambahnya, keputusan itu memberi implikasi kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak yang sedang ditangguhkan mengikut Proklamasi Darurat hingga 1 Ogos ini.

“Bagaimanapun, Kerajaan Sarawak perlu membuat keputusan penting mengenai pilihan raya negeri dan mengenai isu darurat.

“Bukan sekadar pengumuman daripada Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

Jeniri berpendapat, bagaimanapun isu itu belum lagi sahih kerana sebarang keputusan yang dibuat membabitkan undang-udang harus terbukti dengan pewartaan. “Sebab itu, timbal persoalan di Sarawak ini.

Adakah perlu menggunakan tarikh 21 Julai ataupun tarikh asal pada detik 1 Ogos?,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal pembatalannya belum lagi diperkenan oleh Baginda.

Isu ini timbul berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang berpendapat, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang tamat pada 1 Ogos ini.

Kata Jeniri lagi, kuasa untuk mengisytiharkan darurat terletak pada kuasa Agong dan sekiranya kes meningkat dengan mendadak menjelang pilihan raya negeri, Ketua Menteri mungkin akan memohon pertimbangan Agong berkaitan kepentingan melanjutkan tempoh darurat.

Jeniri berkata, mandat ini penting untuk pemimpin Kerajaan Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.

Tambahnya, ia juga menimbulkan dilema dalam kalangan pemimpin kerana terpaksa meneruskan kuasa tanpa mandat. “

Namun, pada masa yang sama, jika mereka tidak berbuat apa-apa, ia akan menyebabkan keadaan lebih teruk,” katanya.

Jeniri menambah, sekiranya PRN diadakan, perkara yang ditakutkan adalah peningkatan kes Covid-19 seperti yang berlaku di Sabah.

“Sekiranya tiada pilihan raya, perkara tersebut akan menyebabkan wujud suara mempersoalkan isu pemerintahan.

“Jadi pertimbangan antara kesihatan, keselamatan dengan pemilihan kuasa diperlukan.

Mana yang lebih penting? Adakah itu nyawa atau mandat rakyat?” soalnya.

Jeniri menambah, peraturan darurat yang sepatutnya dibatalkan sebelum ini perlu dibahas dan diputuskan di Parlimen kerana ia mempunyai implikasi terhadap perkara berskala besar.

“Pada masa ini, tidak ada ruang untuk membahas di Parlimen meskipun terdapat desakan daripada pembangkang supaya membangkit dan membahaskannya,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU