ARTIKEL

Tingkat kecekapan operasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) bersedia mendukung aspek pendigitalan dan teknologi baharu bagi meningkatkan kecekapan operasi dan daya saingnya.

Pengerusinya, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, BPHB menyatakan komitmen terhadap lima bidang tumpuan utama iaitu melibatkan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar, kecemerlangan operasi, modal insan, pertumbuhan dan kelestarian.

Menurutnya, tumpuan tinggi kepada kesejahteraan pekerja, pelanggan dan alam sekitar di samping mengekalkan tempat kerja selamat dan sihat, amat penting bagi mencegah kemalangan dan insiden serta meminimumkan impaknya terhadap alam sekitar.

“Dalam kecemerlangan operasi, ia bertujuan menambah kecekapan dan melebihi jangkaan pelanggan dengan meningkatkan kebolehpercayaan peralatan, pengurusan pelabuhan kapal yang cekap, pengendalian kargo serta disiplin kewangan.

“Bahkan Kumpulan BPHB merancang untuk mendukung digitalisasi dan teknologi baharu untuk meningkatkan kecekapan operasi dan daya saing,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 BPHB dekat sini, semalam.

Selain itu jelasnya, modal insan juga merupakan bidang keutamaan yang perlu diberi perhatian memandangkan pelaburan dalam pembangunan modal insan adalah penting untuk membina sebuah organisasi kuat dan tahan lasak.

“Pekerja yang berdaya saing dapat menyampaikan perkhidmatan melebihi jangkaan pelanggan, iaitu salah satu keperluan penting dalam perniagaan menumpukan keperluan pelanggan. 

“Pertumbuhan juga merupakan bidang tumpuan kritikal bertujuan meneroka peluang pertumbuhan baharu dengan bertanggungjawab, kekal relevan dan memastikan keberadaannya untuk generasi akan datang.

“Kumpulan BPHB merancang untuk meneroka peluang perniagaan melangkaui perniagaan semasa seperti tenaga bersih dan berkarbon rendah.

“Kami juga berhasrat memberi fokus kepada pelaksanaan projek bagi membolehkan perancangan dan pengembangan projek disampaikan dengan jayanya,” ujarnya.

Tambah beliau, kelestarian yang menjadi tunjang kepada perniagaan kumpulan itu untuk menyokong pertumbuhan dengan sasaran mencapai Sifar Bersih Pelepasan Karbon menjelang 2050.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha