ARTIKEL

Tingkatkan hasil jualan usahawan desa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) pada tahun ini antara lain menumpukan usaha membantu usahawan desa kategori piko meningkatkan hasil jualan masing-masing.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini supaya kelompok yang merangkumi 84 peratus daripada keseluruhan usahawan di bawah kementerian itu dapat mengubah nasib mereka daripada hanya berstatus sara diri kepada usahawan sebenar.

“Jadi, perkara begini yang harus diselaraskan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia, pihak Baitumal, Pusat Pengagihan Zakat dan lain-lain supaya kita dapat lihat keberkesanannya.

“Kita juga bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu usahawan kecil ini supaya mereka menjadi usahawan sebenar dan bukan hanya sara diri, supaya benar-benar jadi usahawan mikro,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Pemukiman KKDW di sini.

Usahawan yang memperoleh hasil jualan di bawah RM60,000 dikategorikan sebagai piko diikuti nano (RM60,000-RM150,000) dan mikro (RM150,000- RM300,000).

Ahmad Zahid juga berkata antara lain, bengkel itu memutuskan bahawa setiap program keusahawanan rentas agensi akan diselaras bagi mengelakkan pertindihan.

Beliau berkata, KKDW tidak bekerja secara silo dalam memastikan program ekonomi di sekitar 15,000 kampung seluruh negara dengan peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000 bagi setiap kampung dilaksanakan secara berkesan.

Bengkel pemukiman itu katanya, merumuskan sebanyak 62 cadangan program yang bersandarkan enam fokus utama iaitu Ekonomi dan Keusahawanan; Pengukuhan Tadbir Urus serta Kemampanan Agensi dan Anak Syarikat; Pendidikan, Infrastruktur dan Teknologi; Kepimpinan Desa serta Tatakelola dan Sistem Penyampaian.

Ahmad Zahid berkata sudut pandang dan hasil perbincangan sesi pemukiman itu membantu KKDW dalam pelaksanaan strategi yang menjadi pemangkin pembangunan desa sejajar Aspirasi Desa MADANI.

Beliau berkata semua cadangan dibawa kepada Jemaah Menteri minggu depan bagi pelaksanaan. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Ganti SST dengan GST – Wong Ching Yong

SIBU: Kerajaan dicadangkan untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sebaliknya, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Kaunselor Wong Ching Yong, mencadangkan supaya

Tun Taib tonjol Sarawak di peta dunia

KUCHING: Kepimpinan bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, berjaya menonjolkan Sarawak di peta dunia, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri