ARTIKEL

ROLLAND Duat bergambar kenangan bersama-sama peserta Program Agricop di Rumah Belun, Ijit Munus, Entabai, Julau.

Tingkatkan kualiti, hasil tanaman penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Seramai 93 peserta menyertai Program Agricorp bagi memperluas pengetahuan serta meningkatkan kemahiran masyarakat rumah panjang dalam mengamalkan kaedah pertanian yang lebih baik di Rumah Belun, Jjit Munus, Entabai, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Datuk Rolland Duat Jubin berkata, pelibatan penduduk dalam program seumpama itu penting bagi memastikan masyarakat luar bandar mendapat pendedahan berkaitan teknik pertanian yang dapat membantu meningkatkan kualiti serta hasil tanaman.

Masyarakat khususnya di rumah panjang katanya, perlu mengambil peluang daripada program yang disediakan Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan untuk memperkukuh pengetahuan dalam pengurusan tanaman serta penjagaan hasil pertanian.

“Pengetahuan yang diperoleh melalui program seperti ini boleh dimanfaatkan dalam mengurus tanaman masing-masing, termasuk kelapa sawit, lada hitam, nanas dan tanaman lain yang menjadi sumber pendapatan masyarakat.

“Pada masa sama, aspek penjagaan tanaman dan pengurusan hasil perlu diberi perhatian supaya kualiti pengeluaran dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian program, semalam.

Program berlangsung selama dua hari dengan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan dan pendedahan praktikal berkaitan bidang pertanian untuk peserta yang terdiri daripada penduduk setempat.

Antara pengisian yang diketengahkan termasuk kaedah pencantuman tanaman, penggunaan baja dan racun secara betul serta beberapa aspek berkaitan pengurusan dan penjagaan tanaman.

Penganjuran program itu turut memperlihatkan sambutan menggalakkan daripada penduduk apabila 93 peserta mengambil bahagian dalam kursus yang memberi tumpuan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran pertanian.

Rolland turut menyeru semua rumah panjang supaya terus memberikan sokongan terhadap inisiatif kerajaan dalam sektor pertanian, selain memastikan aktiviti berkaitan tanaman di kawasan masing-masing dilaksanakan secara teratur dan berterusan.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Freddy Paul; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Paulus Dandee Pegawai.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU