ARTIKEL

Tingkatkan peluang usahawan bumiputera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) akan terus memainkan peranan sebagai pelengkap dan jambatan penghubung antara kerajaan dengan usahawan bumiputera.

Presidennya Mohd Azamanizam Baharon berkata, Perdasama yang kini mempunyai 27,263 ahli seluruh negara, sentiasa menyokong serta menjayakan segala perancangan dan gagasan sama ada di peringkat kerajaan negeri atau pusat, demi memperkasakan usahawan bumiputera.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan sentiasa melibatkan badan atau persatuan bukan kerajaan (NGO) dalam merangka dasar khususnya berkaitan bumiputera, demi memastikan pelaksanaan yang lebih komprehensif menerusi Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).

“Kita harap penyertaan Perdasama dan rakan-rakan NGO bumiputera yang lain dapat dilibatkan dalam merangka dan menentukan polisi-polisi kerajaan.

“Ini yang ingin kami bawa pada 2025, harapnya ada wakil kerajaan dapat hadir dalam mesyuarat yang melibatkan agenda bumiputera ini,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-26 Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), kelmarin.

Mengenai mesyuarat itu, Mohd Azamanizam berkata, Perdasama mencadangkan agar skim bantuan atau geran oleh kerajaan diteruskan, khususnya kepada syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri teknologi tinggi, tenaga diperbaharui dan perniagaan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Selain itu, beliau berkata, Perdasama akan berusaha mengembangkan prospek pasaran ahli-ahli mereka ke peringkat lebih tinggi dan memanfaatkan peluang kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun hadapan.

“Pasaran domestik sebenarnya kita kena ada fokus di peringkat ASEAN, apatah lagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025, jadi inilah masa dan ruang untuk Perdasama bersama-sama kerajaan,” katanya. – Bernama 

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke