ARTIKEL

TAHNIAH…Kui Hian (lima kiri barisan kedua) bersama-sama Senator Datuk Ahmad Ibrahim (tujuh kiri barisan kedua) dan Wynson Ong (empat kiri barisan kedua) meraikan pemenang Futsal Remaja yang dimenangi pasukan SAKKOK A sempena pertandingan Futsal Remaja dan Futsal Palijo di Padang Futsal Kampung Sinar Budi Baru, di sini hari ini

Tingkatkan peruntukan kesihatan awam secara beransur-ansur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peruntukan kesihatan awam dalam Bajet 2024 yang bakal dibentangkan pertengahan bulan ini diharap dapat dipertingkatkan kepada lima peratus daripada Kadar Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, bajet untuk kesihatan awam ketika ini adalah tidak mencukupi iaitu 2.59 peratus daripada KDNK.

Justeru katanya, beliau mengharapkan peruntukan tersebut dapat dipertingkatkan selaras dengan cadangan kertas putih kesihatan.

“Kita perlu peningkatan dari segi peruntukan sebagai persiapan kita untuk negara menua.

“Kita tidak menjangkakan peningkatan mendadak pada tahun 2028, 2029, tetapi sekurangnya secara beransur-ansur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan pertandingan Futsal Remaja dan Futsal Palijo di Padang Futsal Kampung Sinar Budi Baru, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ahmad Ibrahim dan Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak Wynson Ong.

Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, selain daripada membaik pulih sekolah daif di Sarawak, pembentangan bajet 2024 juga perlu memberi perhatian kepada klinik dan hospital daif di negeri ini.

UNTUK ALBUM….Kui Hian (enam kiri barisan ketiga) bersama-sama Senator Datuk Ahmad Ibrahim (tujuh kiri barisan ketiga) dan Wynson Ong (lima kiri barisan ketiga) merakam gambar kenangan bersama-sama pemain pertandingan Piala Remaja di Padang Futsal Kampung Sinar Budi Baru, di sini hari ini.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan