ARTIKEL

Tingkatkan potensi diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penjawat awam perlu mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam me-laksanakan tanggungjawab dalam jabatan mereka.

Pemangku Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Suria Bujang berkata, prestasi baik yang ditunjukkan oleh seseorang individu dalam sesebuah jabatan dapat memberi aura positif kepada kakitangan lain.

“Sebagai penjawat awam, kita perlu mengekalkan momentum baik dalam menggalas tugas yang diamanahkan.

“Kita juga perlu meningkatkan potensi diri untuk menjadi lebih baik sepanjang tempoh perkhidmatan dalam sesuatu jabatan,” ujarnya pada majlis Malam Penghargaan Jabatan Muzium Sarawak, semalam.

Suria berharap ramai lagi kakitangan menunjukkan prestasi cemerlang pada masa akan datang .

“Saya berharap kakitangan yang hadir mencontohi prestasi mereka yang berjaya,” katanya.

Pada majlis itu, seramai tujuh kakitangan jabatan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun ini.
Enam kakitangan lain dimaklumkan akan bersara tahun ini dan dua lagi akan bersara tahun depan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU