Tingkatkan sektor pelancongan Lundu

LUNDU: Pembangunan semula Tapak Perkhemahan Pandan sebagai meningkatkan semula sektor pelancongan Daerah Lundu.

Adun Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, ia membuka peluang peningkatan ekonomi dikalangan masyarakat tempatan Lundu.

Menurutnya, Majlis Daerah Lundu dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana untuk menyediakan cadangan pembangunan semula Tapak Perkhemahan Pandan. Kelmarin, Datuk Jamilah bersama dengan Setiausaha MDL Norashikin Brahim meninjau tapak perkhemahan Pandan sebagai persediaan untuk perancangan membangunkan semula kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Datuk Jamilah turut mengadakan tinjauan ke Kampung Bajo Lundu sambil menyerahkan sumbangan kerusi plastik kepada surau Kampung Bajo. Pada program santai ini juga beliau turut dijamukan dengan buah durian.

Sebelum ini, Majlis Daerah Lundu dlaporkan berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam usaha mengangkat Lundu di mata dunia.

Kerajaan Sarawak memilih platform media sosial Facebook sebagai salah satu cara mempromosikan sektor pelancongan di Lundu

“Kita menguar-uarkan sektor pelancongan di Lundu melalui laman sesawang Majlis Daerah Lundu.

“Kita juga menggunakan media sosial seperti Facebook bagi memberikan apa sahaja maklumat berkaitan produk pelancongan di sini,” katanya.

Suara Sarawak