SIMANGGANG: Frederick Xian Bartholomew Albern menghadiahkan satu lagi pingat emas buat Sarawak menerusi acara tinju di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, sebentar tadi.
Beliau yang beraksi dalam kategori feather 57kg menewaskan pencabarnya dari Sabah, Joel Evekly Jain dengan mata 5-0.

Kemenangan tersebut memastikan Sarawak mengumpul empat pingat emas secara keseluruhan dari sukan tinju.
Pertarungan penutup malam ini bakal menyaksikan pertembungan seorang lagi petinju wanita Sarawak iaitu Clavia Charlene Sudang Kennedy, yang akan menentang Sharmela Tamil Selvam dari Pulau Pinang.




