ARTIKEL

Pasukan Pusat Khidmat DUN Repok bergambar bersama murid-murid yang menerima bantuan persekolahan di Sarikei.

Tiong Sii teruskan bantuan, ringankan beban pelajar kurang berkemampuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Pendidikan terus menjadi tumpuan bagi memastikan generasi muda, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok, menikmati masa depan yang lebih terjamin.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii, berkata sejajar dengan hasrat itu, beliau melaksanakan pelbagai pendekatan, termasuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan, untuk meringankan beban ibu bapa.

Katanya, pemberian pakaian seragam percuma kepada pelajar yang layak merupakan salah satu usaha murni kerajaan untuk meringankan bebanan kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. 

“Saya percaya, pemberian bantuan ini besar ertinya buat mereka yang memerlukan, khususnya dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi.

“Justeru, saya memahami masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dan penjaga setiap kali musim persekolahan bermula.

“Kita juga sedia maklum keselesaan dan keperluan pelajar adalah sebahagian jaminan bagi melahirkan generasi yang cemerlang pada masa hadapan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sehubungan itu, Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli DUN Repok meneruskan bantuan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah sempena sesi pembukaan persekolahan baharu tahun 2025.

Antara yang disumbangkan adalah dua pasang pakaian dan sepasang kasut sekolah bertujuan untuk memastikan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan kelengkapan yang sempurna.

Dalam pada itu, Pusat Khidmat DUN Repok meneruskan pengagihan bantuan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) Siung Hua, Sekolah Kebangsaan (SK) Selangan, SJK (C) Minar, SJK (C) Nam Kiew, SJK (C) Ming Tak, SK Rentap, dan SJK (C) Bulat, hari ini.

“Segala bentuk bantuan yang diberikan seharusnya digunakan untuk perkara yang baik agar dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU