ARTIKEL

UCAPAN… Tiong King Sing berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya GPS bagi PRU Sarawak Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto Ramidi Subari

Tiong sokong faktor usia dalam pemilihan calon GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing menyokong faktor usia diambil kira dalam pemilihan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13, namun menyerahkan keputusan muktamad kepada Pengerusi GPS, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pendiriannya itu selaras dengan saranan Premier sebelum ini supaya faktor usia turut dipertimbangkan dalam menentukan calon yang sesuai untuk bertanding.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Abang Johari memutuskan faktor usia tidak lagi menjadi pertimbangan dalam pemilihan calon kali ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya GPS bagi PRU Sarawak Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tiong menegaskan komitmen PDP untuk mempertahankan kesemua lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini diwakili parti itu di bawah GPS.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Abang Johari dalam memastikan keharmonian antara parti komponen GPS terus terpelihara menjelang pilihan raya akan datang.

Pada masa sama, beliau menyeru semua parti komponen GPS supaya menolak politik kebencian dan perpecahan, sama ada berasaskan kaum, agama mahupun perbezaan sesama parti dalam gabungan itu.

Katanya, kekuatan politik Sarawak dan perpaduan GPS selama ini dibina berasaskan persefahaman, sikap saling menghormati, kerjasama serta kepercayaan antara parti komponen.

Menurutnya, sebarang perbezaan pandangan perlu ditangani secara matang, adil dan berlandaskan prinsip perkongsian kuasa bagi memastikan kekuatan gabungan itu terus terpelihara menjelang hari pengundian pada 12 Disember ini.

Beliau turut menegaskan bahawa semangat berpasukan perlu diterjemahkan melalui tindakan dan bukannya sekadar ungkapan.

Sehubungan itu, Tiong menggesa anggota parti dan petugas jentera pilihan raya supaya mengetepikan perbezaan, merapatkan saf serta bekerja sebagai satu pasukan bagi memperkukuh kekuatan GPS di seluruh Sarawak pada PRU Sarawak Ke-13.

BERITA LAIN

Abang Johari ingatkan rakan politik pelihara setia kawan

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia menghadapi sebarang cabaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 demi mempertahankan kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan negeri. Pengerusi

BERITA TERBARU

Abang Johari ingatkan rakan politik pelihara setia kawan

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia menghadapi sebarang cabaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 demi mempertahankan kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan negeri. Pengerusi