ARTIKEL

Tissa Biani fokus karier

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON Indonesia, Tissa Biani, 23, mengakui belum bersedia membawa hubungan cintanya bersama-sama kekasih, Dul Jaelani, 25, ke alam perkahwinan selepas lima tahun bercinta.

Menurut Tissa atau nama sebenarnya Tissa Biani Azzahra, dia dan Dul, yang juga anak kepada Ahmad Dhani, kini lebih selesa memberi tumpuan terhadap kerjaya masing-masing.

“Pada saya, memang belum sampai waktunya untuk berkahwin kerana fokus kami sekarang adalah kerjaya. Sama-sama mahu mengutamakan kerjaya terlebih dahulu,” katanya.

Tissa berada di Malaysia sempena tayangan filem terbaharunya,

Dilanjutkan Salah Disudahi Perih, yang mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 2 Oktober lalu.

Menjawab persoalan sama ada usia mudanya menjadi faktor belum mahu berkahwin, Tissa menegaskan keputusan itu bukan kerana faktor umur, sebaliknya kerana keinginannya untuk memberi keutamaan kepada dunia lakonan dan muzik.

Mengulas mengenai filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih, yang berkisar tentang perceraian talak tiga pasangan muda, Tissa menegaskan kisah dalam filem itu tidak sedikit pun mempengaruhi pandangannya terhadap perkahwinan.

“Setiap orang ada pengalaman masingmasing.

Filem ini hanya sebuah cerita, jadi saya bersikap profesional.

Tidak pernah saya bawa jalan cerita ke dalam kehidupan peribadi,” jelasnya.

Buat masa ini, Tissa mengakui lebih berhatihati dalam membuat keputusan besar dalam hidupnya.

Filem arahan Benni Setiawan dengan skrip oleh Garin Nugroho itu turut dibintangi Kevin Ardilova, Mikha Tambayong, Ibrahim Risyad dan ramai lagi.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali