ARTIKEL

Titah Agong peringatan kepada seluruh warga KPM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk melaksanakan kempen anti-buli secara menyeluruh di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya bermula di peringkat sekolah rendah.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Seri Paduka Baginda bertitah agar kempen tersebut perlu merangkumi usaha memberi kesedaran serta memupuk sikap untuk saling menghormati antara satu sama lain.

“Pelaksanaan kempen ini akan dilakukan dengan kerjasama rentas kementerian bagi memastikan impak dan keberkesanannya.

“Kebersamaan semua pihak adalah dituntut dalam memerangi salah laku buli. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang dengan nilai dan akhlak mulia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas KPM, nilai hormat, disiplin dan kasih sayang juga akan diterapkan dalam diri setiap murid.

Titah Seri Paduka Baginda jelas menjadi peringatan kepada seluruh warga KPM untuk menangani salah laku buli yang memberi implikasi negatif kepada seluruh masyarakat dan negara.

Buat masa ini, KPM mendedahkan bahawa kementeriannya sedang merangka Kurikulum Persekolahan 2027 yang memberi tumpuan kepada aspek pendidikan karakter.

“Ia merangkumi pembinaan nilai-nilai manusiawi untuk melahirkan insan yang beradab,
berakhlak dan berintegriti,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU