ARTIKEL

Tangkap layar pada laman ASMC menunjukkan beberapa kluster titik panas bertaburan di sekitar Kalimantan Barat.

Titik panas bertaburan dikesan sekitar Kalimantan Barat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa kluster titik panas bertaburan dikesan di sekitar Kalimantan Barat berdasarkan pemerhatian di Pusat Pakar Meteorologi Asean (ASMC).

Menurut laman sesawang itu dalam laporan dikeluar petang semalam, asap rentas sempadan pada tahap sederhana hingga tebal dikesan di Kalimantan Barat dan bergerak ke arah utara memasuki bahagian barat Sarawak.

Katanya, asap sederhana hingga tebal turut dikesan berpunca dari titik panas di beberapa kawasan lain di Kalimantan, bahagian tengah Sarawak serta Sumatera tengah dan selatan.

“Beberapa stesen pemantauan kualiti udara di Kalimantan Barat serta bahagian tengah dan barat Sarawak merekodkan tahap tidak sihat.

“Bagaimanapun, keseluruhan keadaan titik panas dan jerebu di rantau ini tidak dapat ditentukan sepenuhnya berikutan litupan awan,” menurutnya lagi.

ASMC berkata, dalam tempoh beberapa hari akan datang, keadaan kering dijangka berterusan di kebanyakan kawasan selatan ASEAN, kecuali bahagian utara dan tengah Sumatera, Semenanjung Malaysia serta beberapa kawasan di Kalimantan Utara yang dijangka menerima hujan.

Jelasnya, keadaan titik panas dan jerebu berpotensi meningkat di kawasan mudah terbakar yang mengalami cuaca kering berpanjangan, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya jerebu rentas sempadan.

“Angin lazim di kawasan selatan ASEAN dijangka bertiup terutamanya dari arah tenggara atau selatan,” katanya.

Sementara itu, katanya hujan dijangka berterusan di bahagian utara ASEAN dalam beberapa hari akan datang.

BERITA LAIN

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika

BERITA TERBARU

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika