ARTIKEL

TM bantu beli makanan untuk pelajar UiTM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: UiTM Cawangan Sarawak baru-baru ini menerima bantuan dan sumbangan wang tunai daripada Telekom Malaysia (TM) Sarawak.

UiTM Cawangan Sarawak dalam kenyataan media semalam berkata, sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengurus Besar TM Sarawak Jafer Shadiq Abdul Lathiff kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak Prof Datuk Dr Jamil Hamali di kediaman beliau.

Sumbangan tersebut merupakan kerjasama TM Sarawak dan UiTM Cawangan Sarawak bagi membeli keperluan serta makanan kepada semua pelajar UiTM Sarawak yang masih berada di dalam kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jafer Shadiq berharap bantuan itu dapat melegakan semua pelajar yang terkesan dengan PKP yang sejak 18 Mac lalu. Turut hadir pada majlis penyerahan ringkas tersebut ialah Penolong Pengurus Besar TM Sarawak Abdul Rahman Taha dan Pengurus TM Faizan Horian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU