Tokan dadah antara 15 dicekup dalam operasi di kawasan kampung

DARO: Seorang tokan dadah antara 15 individu ditahan AADK Mukah dalam serbuan Ops Perdana tiga hari yang dilakukan di kawasan berasingan di Daro, Pulau Bruit dan Igan.

Ketua Daerah AADK Mukah Felynora Joseph Na berkata, kesemua suspek yang berusia 16 hingga 35 tahun itu positif dadah jenis Methamphetamine.

“Seorang suspek mengaku menjadi tokan dadah, namun tiada dadah ditemui di tempat kejadian.

“Daripada jumlah itu, sembilan suspek ditahan di Igan, lima di Daro dan seorang di Pulau Bruit,” katanya dihubungi sebentar tadi.

Kata Folinara, tangkapan kali ini turut melibatkan dua adik- beradik yang positif dadah.

Tambahnya lagi, terdapat kawasan sukar diserbu seperti Pulau Bruit kerana masalah jalan raya.

“Pulau Bruit agak sukar diserbu kerana masalah jalan raya tapi AADK meneruskan pemantauan terutama kawasan luar bandar,*katanya.

Kesemua saspek ditahan di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Suara Sarawak