ARTIKEL

Tolak gaji lumayan kerana keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERNAH mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat dengan gaji lumayan namun Mohd Zainul Ariffin memilih untuk membantu keluarganya berniaga.

Berusia 26 tahun, Zainul menganggap keputusan yang diambilnya dua tahun lepas ternyata terbaik supaya kekal di sisi bersama-saja keluarga.

Menurutnya, keputusan untuk membantu keluarga didorong perasaan tidak mahu berjauhan dengan kedua-dua ibu bapanya.

“Saya juga dapat berjumpa ahli keluarga secara lebih kerap dan merapatkan lagi hubungan kami,” katanya.

Dia berkata, perniagaan ayam goreng yang diusahakan ayahnya, Mohd Jais Bujang mampu menjadi platform terbaik kepadanya untuk menceburi bidang perniagaan.

“Saya mula membantu ayah sejak 2015 dan banyak selok-belok perniagaan saya pelajari. “Sekarang saya mengimpikan untuk membuka perniagaan sendiri pada masa akan datang,” ujarnya.

Zainul berkata, perniagaan ayam goreng yang diusahakan ayahnya sejak akhir tahun 2015 kini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Kami berniaga dari Isnin hingga Jumaat dan pada hujung minggu pula, kami menyiapkan tempahan pelanggan,” jelasnya.

Pada masa akan datang katanya, memang menjadi impiannya untuk menggembangkan perniagaan yang diusahakan ayahnya.

“Masa ini kami hanya berniaga di tepi jalan dan menjadi impian saya untuk menggembangkan perniagaan pada masa akan datang,” kata Zainul.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat