ARTIKEL

Tom Cruise beraksi pada penutup Olimpik Paris 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PARIS: Bintang Hollywood, Tom Cruise akan melakukan beberapa siri aksi mengagumkan dalam segmen video yang disiarkan semasa majlis penutup Sukan Olimpik Paris pada 11 Ogos ini, lapor Xinhua.
Penampilan Cruise sebahagian daripada upacara penyerahan Bendera Olimpik dari Paris ke bandar tuan rumah Sukan Olimpik 2028, Los Angeles.
Menurut laporan, pelakon berusia 62 tahun itu merakam video yang menyaksikan beliau menunggang motosikal melalui kota Paris, turun dari sisi Stade de France, dan kemudian terjun dari pesawat sebelum mendarat berhampiran simbol ikonik industri perfileman yang memaparkan perkataan “Hollywood” di Los Angeles.
Selepas mendarat, Cruise menyerahkan bendera itu kepada seorang atlet yang memulakan larian obor keliling bandar.
Cruise, yang sedang menjalani penggambaran untuk francais filem ‘Mission Impossible’ terbaharu di Paris, memanfaatkan peluang itu untuk membuat rakaman aksi bagi majlis penutup, mengelirukan ramai yang menyangka ia penggambaran filem biasa.
Menurut laporan akhbar The Guardian, Cruise yang baru sahaja menerima gelaran Knight of the Legion of Honneur daripada Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati mengusulkan idea ini kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), yang menjanjikan segmen yang mendebarkan.
— Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU