ARTIKEL

Tom Cruise | REUTERS/Mario Anzuoni | Bernama

Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GENEVA: Bintang Hollywood, Tom Cruise dilaporkan telah berpindah keluar dari kediaman mewahnya di London susulan kebimbangan mengenai keselamatan yang semakin meningkat, lapor Anadolu Ajansi.

The Daily Express melaporkan pada Isnin bahawa pelakon berusia 63 tahun itu memutuskan untuk meninggalkan kawasan Knightsbridge berikutan kejadian rompakan ganas pada waktu siang di Bucherer Rolex Boutique yang terletak berhampiran.

Dalam kejadian itu, sekumpulan geng motosikal dilaporkan tiba dan menggunakan parang untuk menghalang kakitangan keselamatan, selain memecahkan kaca kalis pecah menggunakan tukul dan peralatan khas.

Kira-kira 20 jam tangan mewah dicuri dalam serbuan yang hanya mengambil masa tiga minit sebelum suspek melarikan diri.

Sumber yang dipetik oleh Daily Express berkata insiden itu mengukuhkan kepercayaan Cruise bahawa keselamatan di kawasan tersebut telah merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Laporan itu menambah bahawa kakitangan dilihat mengeluarkan kotak dari kediaman tersebut sejurus selepas pemergian mendadak pelakon itu.

Knightsbridge dan kawasan berdekatan, Belgravia, sering berhadapan dengan masalah jenayah berkaitan motosikal (moped).

Data Polis Metropolitan menunjukkan sebanyak 295 jenayah direkodkan di Knightsbridge dan Belgravia pada November 2025. — Bernama

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,