ARTIKEL

Tong Roro

Tong RORO mudahkan pembuangan sisa sempena TBC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebanyak 44 tong Roll-On-Roll-Off (RORO) akan ditempatkan di beberapa kawasan sekitar bandar raya Miri sempena Kempen Kebersihan menjelang Perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Menurut Majlis Bandaraya Miri (MBM), tong-tong tersebut akan ditempatkan di 46 lokasi strategik bagi memudahkan penduduk membuang sisa secara teratur.

“Antara lokasi penempatan tong adalah di Zon Taman Tunku/Lambir/Luak, Zon Jalan Luak-Bakam, Zon Jalan Riam/Lopeng, Zon Krokop/Piasau, Zon Pujut, Zon Piasau Utara/Tudan, Zon Desa Senadin, Zon Permyjaya dan Zon Lutong/Kuala Baram,” kata MBM dalam satu kenyataan.

MBM turut menyeru penduduk agar memanfaatkan tong yang disediakan dan mengelakkan pembuangan sampah secara sembarangan, seperti di tepi jalan, kawasan rizab jalan atau kawasan lapang.

“Tindakan membuang sampah sembarangan bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk serta serangga pembawa penyakit,” jelas kenyataan itu.

Kempen Kebersihan ini bermula pada 13 Januari dan dijadualkan berakhir pada 26 Januari, bergantung kepada lokasi.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat MBM di talian
085-442411.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali