ARTIKEL

Totthenham kutuk hinaan berbaur perkauman terhadap penyerang Perancis selepas tewas Piala Super UEFA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Pasukan Liga Perdana Inggeris Tottenham Hotspur pada Khamis mengutuk hinaan berbaur perkauman yang disasarkan terhadap penyerang Perancis Mathys Tel ekoran kekalahan kelab itu kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Piala Super UEFA, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami amat jijik dengan cacian berbaur perkauman yang diterima Mathys Tel di media sosial selepas kekalahan dalam Piala Super UEFA malam tadi,” tulis kelab itu di platform X milik syarikat media sosial AS.

Tottenham berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan platform media sosial untuk mengambil tindakan terhadap individu yang dapat dikenal pasti.

“Mathys menunjukkan keberanian apabila tampil mengambil sepakan penalti, namun mereka yang menghinanya hanyalah pengecut, bersembunyi di sebalik nama pengguna dan profil tanpa identiti untuk melontarkan pandangan yang keji,” menurut kelab itu.

Insiden itu berlaku selepas perlawanan yang menyaksikan Tottenham tewas 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 pada masa penuh.

— BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU