ARTIKEL

Facebook Fadillah Yusof

TPM Fadillah kongsi detik cemas ketika gempa bumi landa Istanbul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Di sebalik jadual padat lawatan kerja ke Turkiye dan United Kingdom (UK), rombongan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof melalui detik cemas ketika berada di Istanbul, saat gempa bumi melanda dengan kekuatan 6.2 magnitud.

Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook, Fadillah berkata ketika gempa bumi kuat menggegarkan Istanbul, beliau dan rombongan berada di Lapangan Terbang Istanbul untuk penerbangan ke London bagi meneruskan lawatan kerja di UK.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau dan rombongan telah diarahkan keluar dari bangunan Terminal VIP.
“Gegaran pertama agak kuat dan selepas kira-kira 15 minit, kami diminta masuk semula ke dalam bangunan. Namun berlaku gegaran kedua yang tidak begitu kuat sejurus kemudian, dan kami diminta keluar bangunan sekali lagi untuk kira-kira 10 minit sebelum dibenarkan masuk semula,” katanya yang turut berkongsi gambar semasa kejadian itu.

Bagaimanapun Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menzahirkan rasa syukur kerana beliau dan rombongan selamat tiba di London pada 4 petang waktu tempatan, yang merupakan sambungan kepada lawatan kerja rasmi selama tiga hari di Turkiye.

Timbalan Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertanya khabar dan mendoakan keselamatan mereka sebaik berita mengenai gempa bumi itu tersebar.

Fadillah mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga pada 24 hingga 25 April di London anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan kerajaan UK selepas mengakhiri lawatan kerja rasmi di Turkiye semalam (23 April). – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan