Trad.Attack! mahukan 8,000 pengunjung

SANTUBONG: Trad.Attack! dari Estonia berharap 8,000 pengunjung dari dalam dan luar Sarawak datang menyaksikan persembahan mereka, malam ini.

Ketua Kumpulan Trad.Attack! Sandra Vabarna, 34, berasal dari Estonia berkata, sebelum ini kumpulan itu membuat persembahan di Semenanjung Malaysia.

“Sambutan yang menggalakkan daripada peminat muzik Estonia dan berharap di sini juga memberi sambutan sama.

“Konsert terbesar kami di Estonia dihadiri 7,000 peminat dan berharap sambutan lebih hangat daripada rakyat Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak di Pantai Damai Resort di sini, semalam.

Tambahnya, persembahan malam itu memberikan kelainan daripada persembahan sebelum ini, iaitu menggunakan alat muzik buatan sendiri daripada paip.

Kumpulan itu merupakan kali pertama membuat persembahan di Festival Muzik Hutan Dunia dan akan mempersembahkan muzik dari Estonia malam ini.

Muzik mereka menggabungkan semangat nenek moyang terdahulu dan lagu-lagu tradisional Estonia.

Mereka banyak memenangi anugerah sejak lima tahun yang lalu antaranya ialah Anugerah Muzik Pop Estonia.

Selain itu, mereka juga menerima anugerah Album Emas 2018 kerana berjaya menjual cakera padat paling laris di Estonia.

Suara Sarawak