ARTIKEL

Haidar berucap pada Majlis Makan Malam PBB Cawangan N.68 Tanjong Batu.

Tradisi perpaduan kukuhkan kepimpinan PBB Tanjong Batu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.68 Tanjong Batu, Datuk Haidar Khan Asghar Khan, menzahirkan rasa syukur atas tradisi perpaduan dan kerjasama yang terus dipelihara dalam organisasi tersebut.

Haidar bersama Timbalan Ketua PBB Cawangan Tanjong Batu, Sophie Shariee (tiga kanan), Ketua PBB Cawangan Samalaju, Sikong Lusek (empat kiri), serta Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Penolong Bendahari PBB Sarawak, Afiq Fikri Brahim (kanan) memotong pulut kuning Majlis Makan Malam PBB Cawangan Tanjong Batu.

Menurutnya, sejak menerajui kepimpinan cawangan itu selama 32 tahun, setiap pemilihan jawatan dalam parti berlangsung tanpa pertandingan.

Tradisi ini, katanya, adalah hasil daripada semangat muafakat, integriti dan hubungan erat dalam kalangan ahli.

“Keberhasilan ini tidak terlepas daripada nilai kesatuan yang saya cuba pupukkan dalam setiap organisasi yang saya terlibat.

“Saya percaya kita harus bersatu untuk mencapai kejayaan bersama.

“Saya bangga tradisi ini telah menjadi budaya di kawasan Tanjong Batu, dan berharap ia akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam PBB N.68 Tanjong Batu di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Haidar turut berkongsi harapannya untuk terus memimpin hingga mencapai 35 tahun, namun mengaku bahawa kini tiba masanya untuk membuka ruang kepada bakat muda dalam parti.

“Insya-Allah, dalam mesyuarat perwakilan yang akan datang, kita akan memilih bakat-bakat muda untuk meneruskan legasi ini.

“Saya yakin kita sudah membentuk satu pasukan yang amat saya banggakan dengan kerjasama yang kukuh,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan PBB Tanjong Batu adalah hasil dedikasi dan kesetiaan ahli-ahli yang komited terhadap matlamat parti.

Semangat perpaduan ini, katanya, menjadi asas kepada pembangunan di kawasan tersebut.

Haidar berharap PBB Tanjong Batu akan terus menjadi contoh dalam memperkukuh kesatuan parti dan memastikan masa depan yang lebih cerah buat generasi muda.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi