ARTIKEL

LUCAS LAU

Tragedi kanak-kanak maut jatuh dalam lubang pembetung jadi peringatan penting kepada semua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kejadian tragis melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembetung tidak bertutup menjadi peringatan kepada semua pihak agar sentiasa peka dengan keselamatan, khususnya di kawasan awam yang sesak.

Kejadian malang itu turut membuka mata banyak pihak soal pentingnya pengawasan terhadap anak kecil yang tidak dapat mengenal pasti bahaya tersembunyi di sekeliling mereka.

Pemangku Yang Di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara Wilayah Sarawak, Lucas Lau dalam satu kenyataan berkata, keselamatan merupakan hak asasi manusia yang wajib dijamin oleh semua pihak bukan sahaja kerajaan, tetapi juga keluarga, masyarakat, komuniti setempat dan pihak berkuasa tempatan.

“Keselamatan memerlukan pelibatan bersama. Pematuhan kepada piawaian keselamatan merupakan tanggungjawab kolektif demi kesejahteraan komuniti,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Sibu (MPS) memainkan peranan penting dalam mengenal pasti dan menangani sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan awam.

Menurutnya, keselamatan hanya dapat dijamin apabila masyarakat turut bertindak secara proaktif dengan melaporkan sebarang bahaya atau kecuaian kepada pihak berwajib.

“Dengan kerjasama antara MTPN, MPS dan penduduk Sibu, kita boleh mewujudkan satu persekitaran yang lebih selamat dan sihat. MTPN bersedia menjadi penghubung antara masyarakat dengan pihak berkuasa untuk meningkatkan kesedaran serta keterlibatan orang awam,” ujarnya.

Jelasnya, MTPN akan melancarkan pelbagai inisiatif termasuk kempen kesedaran, program kerjasama dan perbincangan terbuka bagi memastikan suara rakyat didengari dan tindakan segera dapat diambil.

“Tragedi seperti ini tidak seharusnya berulang. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan awam sentiasa terjaga,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU