HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Tragedi penyelam yang ditemui mati kini dalam siasatan polis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kes seorang penyelam hilang yang ditemui mati di perairan Pulau Satang Besar kini dalam siasatan terperinci Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Sarawak Kapten Yousry Yaali mangsa Chong Su Sian, 31, dipercayai telah melakukan selaman secara solo atau bersendirian tanpa teman menyelam (dive buddy).

“Punca sebenar kejadian berlaku sedang disiasat dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan kejadian ini berpunca daripada kecuaian manusia sehingga melibatkan kehilangan nyawa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan iaitu mengendalikan perahu dengan gopoh, Seksyen 474(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan juga peraturan-peraturan Bot 1953,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru