ARTIKEL

Sim (lapan dari kanan) menyaksikan pertukaran Memorandum Persetujuan (MOA) antara Swinburne Sarawak, Novugen Pharma dan Pusat Perubatan Borneo (BMC) di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, di sini hari ini.

Transformasi digital dalam sektor kesihatan negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sistem penjejakan masa nyata yang dibangunkan oleh Swinburne Sarawak bersama dengan Novugen Pharma dan Pusat Perubatan Borneo (BMC) disifatkan sebagai langkah berpandangan jauh dalam memperkukuh ekosistem inovasi Sarawak.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata inovasi dalam penjagaan kesihatan kini bukan hanya tertumpu pada rawatan perubatan semata-mata, ia berkait rapat dengan kecekapan, data dan perjalanan pesakit.

“Kerjasama antara akademia, sektor swasta dan penyedia penjagaan kesihatan ini menunjukkan bagaimana penyelidikan boleh membawa impak nyata kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis pertukaran Memorandum Persetujuan (MOA) di antara Swinburne Sarawak, Novugen Pharma dan Pusat Perubatan Borneo (BMC) di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, di sini, hari ini.

Kerjasama strategik itu dimeterai hari ini melalui Memorandum Persefahaman (MoA) yang ditandatangani oleh Pro Naib Canselor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak, Ir Profesor Lau Hieng Ho; Naib Presiden Operasi Komersial Novugen Pharma, Saif-ur-Rehman dan Pengarah Perubatan BMC, Dr Law Siew Hor.

MoA tersebut mewujudkan rangka kerja kerjasama bagi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menggabungkan penyelidik Swinburne dan pakar industri untuk membangunkan penyelesaian penjejakan masa nyata bagi meningkatkan kecekapan operasi hospital, termasuk mengoptimumkan aliran kerja, meningkatkan produktiviti kakitangan serta memperbaiki pengalaman pesakit.

Sistem itu akan dilaksanakan secara perintis di BMC, dengan pembiayaan penuh R&D disokong oleh Novugen Pharma.

Setelah berjaya dilaksanakan, teknologi berkenaan akan diterapkan dalam operasi harian hospital, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi transformasi digital dalam bidang kesihatan.

Manakala bagi Ir Profesor Lau Hieng Ho, komitmen Swinburne Sarawak dalam penyelidikan berimpak tinggi yang memenuhi keperluan dunia sebenar serta menyokong transformasi ekonomi digital Sarawak.

“MoA ini lebih daripada sekadar kerjasama, ia merupakan komitmen inovasi yang mampu mengubah kehidupan.

“Menerusi kerjasama ini, penyelidik dan pelajar kami akan memainkan peranan aktif dalam membangunkan penyelesaian praktikal berasaskan teknologi untuk memajukan penyampaian perkhidmatan kesihatan di rantau ini,” katanya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi