ARTIKEL

TRIENEKENS (Sarawak) Sdn. Bhd.

Trienekens Laksana Pengutipan Sampah Awal Sempena TBC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. akan melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah awal di beberapa kawasan terpilih di sekitar Kuching sebagai persediaan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Trienekens dalam kenyataan berkata, ia melibatkan kawasan yang mempunyai jadual kutipan pada hari Selasa,

“Kutipan sisa di kawasan terlibat akan dilaksanakan satu hari lebih awal iaitu pada malam menjelang Tahun Baharu Cina, 16 Februari (Isnin) bermula 12 tengah malam.

“Penduduk dinasihatkan supaya meletakkan tong sampah di luar rumah pada malam sebelum hari kutipan bagi mengelakkan terlepas kutipan,” kenyataan tersebut, hari ini.

Menurut Trienekens, susulan itu tiada perkhidmatan kutipan sisa dijalankan di kawasan terlibat pada hari pertama Tahun Baharu Cina, Selasa, 17 Februari.

“Perkhidmatan kutipan di kawasan berkenaan akan disambung semula mengikut jadual biasa selepas itu,” tambahnya.

Sementara itu Trienekens menegaskan, jadual kutipan sampah di kawasan lain di seluruh bandar Kuching kekal tidak berubah.

“Orang ramai digalakkan untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan kejiranan serta mengelakkan pembuangan sampah secara tidak terkawal.

“Sebarang sisa tambahan hendaklah dibungkus dengan kemas dan diletakkan di sebelah tong sampah pada hari kutipan untuk tujuan pelupusan yang selamat dan teratur oleh pasukan kutipan,” tegasnya.

Kawasan yang terlibat dengan perkhidmatan kutipan awal adalah di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Senarai penuh kawasan yang terlibat dengan kutipan awal juga boleh didapati di laman sesawang rasmi Trienekens di pautan https://trienekens.com.my/cny2026/

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Trienekens di 082-612300 pada waktu pejabat atau menghantar e-mel ke customercare@trienekens.com.my.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU