ARTIKEL

Pang merakam gambar bersama jawatankuasa penganjur dan penaja Kejohanan Trofi Cabaran Golf Greens Match Play Edisi Kedua.

Trofi Cabaran Golf Greens Match Play kembali, semarakkan sukan golf di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kejohanan Trofi Cabaran Golf Greens Match Play kembali diadakan, dijadual berlangsung 12-27 April ini, menyaksikan sebanyak 12 pasukan yang terdiri daripada 132 pemain golf bertanding selama tiga minggu.

Pertandingan edisi kedua ini bakal menjadi pentas kepada pemain golf tempatan dan serantau untuk mempamerkan strategi permainan yang mantap, semangat kesukanan tinggi serta kerjasama berpasukan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Bintulu sebagai salah satu destinasi utama untuk acara sukan golf di Sarawak.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, menyambut baik penganjuran edisi kedua kejohanan ini.

Beliau menyifatkan acara tersebut bukan sahaja mampu menyemarakkan minat ke atas sukan golf dalam kalangan penduduk Bintulu, malah menjadi wadah penting mengukuhkan hubungan komuniti setempat melalui sukan.

“Saya amat mengalu-alukan penganjuran kejohanan ini buat kali kedua. Ia merupakan platform terbaik mengeratkan silaturahim serta memupuk nilai murni seperti disiplin, kesabaran dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta,” ujarnya pada sidang media kejohanan tersebut, pada Rabu.

Kejohanan ini sekali lagi mendapat sokongan padu daripada Greens Hotel and Suites Bintulu, yang bertindak sebagai penaja utama buat tahun kedua berturut-turut.

Sokongan berterusan pihak hotel tersebut memainkan peranan penting dalam kejayaan penganjuran acara ini, di samping menyumbang kepada pembangunan komuniti golf tempatan.

Pada masa yang sama, Pang yang juga presiden Kelab Golf Bintulu (KGB) berkata, KGB turut mengorak langkah ke hadapan dengan pelan menaik taraf infrastruktur yang merangkumi pembinaan rumah kelab baharu dan kemudahan padang latihan (driving range) yang moden.

Menurutnya, projek ini direalisasikan hasil kerjasama erat bersama Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai usaha memperkukuh fasiliti sukan bertaraf tinggi untuk manfaat ahli dan pengunjung kelab.

Pang turut merakamkan ucapan selamat berjaya kepada semua pasukan yang bertanding, serta menyeru setiap peserta agar menampilkan prestasi terbaik, menjunjung semangat kesukanan dan saling menghormati sepanjang kejohanan berlangsung.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU