PELAKON popular, Syafiq Kyle, mencipta nama di persada dunia dan mengharumkan industri seni tanah air apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Rising Icon pada Festival Filem Asia-Pasifi k ke-62.
Menerusi pencapaian cemerlang ini, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle, 33, yang juga suami kepada pelakon dan model, Mimi Lana antara bintang Malaysia yang menerima pengiktirafan di pentas serantau.
Walaupun beliau tidak menghadiri sidang media rasmi pengumuman anugerah tersebut, pelakon fi lem Sheriff dan Blood Brothers: Bara Naga ini tetap menitipkan ucapan terima kasih menerusi rakaman video yang dikongsikan.
“Saya bersyukur atas peluang mewakili Malaysia di pentas rantau yang hebat ini dan berterima kasih kepada penganjur kerana memberikan penghormatan ini,” ujarnya seperti dipetik portal berita.
Beliau turut meluahkan rasa gembira dan syukur atas sokongan peminat yang bersamanya sepanjang berada dalam industri hiburan serta teruja untuk meraikan kemenangan tersebut bersama mereka pada malam anugerah yang dijadualkan berlangsung Disember ini.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjalanan seni saya.
Saya tidak sabar untuk bertemu anda semua nanti,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persekutuan Pengeluar Filem Asia-Pasifik, Pansha, berkata, pemilihan Syafiq dinilai berdasarkan konsistensi, kelayakan serta keberkesanan lakonannya menerusi fi lem pecah panggung yang dibintanginya.
Jelasnya, jawatankuasa kecil Festival Filem Asia-Pasifik sepakat memilih Syafiq kerana bakatnya bukan sahaja dalam lakonan drama, malah juga fi lem berskala besar.
Beliau berharap anugerah ini dapat meningkatkan semangat pelakon untuk terus berjuang dan memberikan hasil kerja terbaik dalam industri seni.
“Anugerah ini diharapkan menjadi inspirasi kepada pelakon muda untuk terus berusaha menghasilkan karya yang terbaik.
Bakat muda juga harus diiktiraf, bukan hanya pelakon veteran,” tambahnya.
Menariknya, Malaysia sekali lagi diberikan kepercayaan menjadi tuan rumah Festival Filem Asia-Pasifi k untuk tahun kedua berturut-turut yang akan berlangsung dari 29 November hingga 6 Disember depan di GSC Cinemas selaku lokasi rasmi tayangan






