ARTIKEL

Gambar fail Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump

Trump Berkata Uranium Diperkaya Iran Akan Dimusnahkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata uranium diperkaya milik Iran sama ada akan dihantar ke AS untuk dimusnahkan atau dimusnahkan di lokasi lain, ketika rundingan diteruskan berkaitan rangka kerja perjanjian bagi menamatkan konflik dengan Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Uranium diperkaya itu sama ada akan diserahkan “segera” kepada AS dan dimusnahkan di negara itu, atau dimusnahkan di lokasi asal atau di tempat lain yang boleh diterima, dengan penyelarasan bersama Tehran, tulis Trump di platform Truth Social.

Trump berkata proses itu perlu disaksikan oleh Suruhanjaya Tenaga Atom, atau badan yang setara dengannya.

Bagaimanapun, belum jelas sama ada beliau merujuk kepada sebuah agensi AS atau mungkin Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpangkalan di Vienna.

Ia juga masih tidak jelas sama ada Trump menggambarkan keadaan rundingan semasa, tuntutan AS dalam perbincangan itu, atau perkara yang telah dipersetujui sebagai sebahagian daripada kemungkinan perjanjian.

Masa depan simpanan kira-kira 400 kilogram uranium diperkaya tinggi milik Tehran menjadi antara isu utama yang masih dipertikaikan dalam rundingan itu.

Pada Sabtu, Trump berkata rangka kerja perjanjian itu “sebahagian besarnya” telah dirundingkan.

Israel dan AS melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU