ARTIKEL

Trump nafi bersalah 37 pertuduhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku tidak bersalah pada Selasa atas 37 pertuduhan yang difailkan oleh pendakwa raya persekutuan berkaitan dakwaan beliau menyimpan dokumen sulit kerajaan selepas penggal pentadbirannya berakhir.

Trump membuat pengakuan itu seperti yang dijangka semasa perbicaraannya di mahkamah persekutuan di Miami, Florida, menurut beberapa laporan.

Beliau dijadual menyampaikan ucapan umum pada malam Selasa dari kelab golfnya di Bedminster, New Jersey, menurut Agensi Anadolu.

Trump dilihat duduk sambil menyilangkan tangannya sepanjang perbicaraan dan tidak bercakap melainkan berbisik kepada Todd Blanche, seorang peguam yang mewakilinya, menurut akhbar The Washington Post.

Hakim Daerah AS, Jonathan Goodman memaklumkan Trump bahawa beliau mengarahkan bekas presiden agar tidak berinteraksi dengan mana-mana saksi kes atau defendan bersama-sama Walt Nauta.

Kekecohan tercetus semasa Trump meninggalkan kamar mahkamah, dengan penunjuk perasaan kedua-duanya penyokong dan penentang bergegas ke hadapan konvoi bekas presiden itu.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa atas 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan, kata peguam daerah Manhattan pada petang Selasa, lapor Xinhua.

Baca lain  Tujuh pegawai IRGC, termasuk komander tertinggi, terbunuh di Syria

Trump dihadapkan di Mahkamah Jenayah Manhattan di New York City dan menjadi bekas presiden pertama AS yang didakwa dengan kesalahan jenayah selepas beliau didakwa di sebuah mahkamah Florida minggu lalu.

Beliau berdepan pertuduhan di negeri berasingan berkaitan urusan perniagaannya di New York.

Sebanyak 37 pertuduhan dihadapi Trump termasuk 31 pertuduhan sengaja menyimpan maklumat pertahanan negara, kebanyakannya berhubung kait dengan dokumen yang dirampas FBI semasa mengeledah kediaman di estet Mar-aLago miliknya pada 8 Ogos tahun lalu.

Sejumlah 11 lagi pertuduhan berkaitan dengan dokumen yang diserahkan kepada penyiasat FBI oleh peguam Trump pada Jun.

Sementara itu, Trump mengulangi dakwaan bahawa pertuduhan ke atasnya bermotifkan politik bagi menjejaskan reputasi beliau. – Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU

Lagu Telai Belalai mantai penyelai Sarawak

KUCHING: Ex-Mrs Global Asian 2023 ti mega siku ex-pegawai bank, Kimi Tomas mujur ngeluar enggau ngelancharka lagu baru iya ti pejuluk Telai Belalai. Dulu agi