ARTIKEL

Donald Trump, buku, ikonik, momen, Save America, Rumah Putih, Presiden AS
Dalam buku ‘Save America’, Presiden Donald J. Trump menceritakan tentang pemerintahannya selama empat tahun sebagai Presiden ke-45 AS, dan wawasannya bagi penggal seterusnya. - Foto: Barnes & Noble

Trump umum penjualan buku baharunya dengan wawasan bagi penggal kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Presiden terpilih AS, Donald Trump, mengumumkan jualan buku baharunya, ‘Save America’.

Dalam buku tersebut, beliau menggambarkan empat tahun pertamanya sebagai ketua negara, dan wawasan bagi penggal seterusnya di Rumah Putih, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Buku itu dijual pada harga AS$99 (RM443), dengan salinan bertandatangan dijual pada harga AS$499 (RM2,231).

Ia digambarkan sebagai “pandangan yang tiada tandingan” tentang empat tahun pertama Trump memegang jawatan Presiden, dan visinya bagi penggal seterusnya.

Ia dipenuhi dengan “detik ikonik” daripada pentadbiran pertama Trump.

“Daripada sidang kemuncak bersejarah bersama pemimpin dunia hingga kepada rakaman spontan dari Rumah Putih, setiap foto telah dipilih oleh Presiden Trump, di samping kata-katanya, yang memberikan wawasan tentang apa yang akan membentuk empat tahunnya yang akan datang sebagai presiden,” menurut huraian buku itu.

Trump, yang memegang jawatan presiden selepas Pilihan Raya 2016, memenangi Pilihan Raya Presiden AS pada 5 November lalu.

Ini menjadikannya pemimpin AS pertama sejak abad ke-19 yang kembali ke Rumah Putih selepas berehat selama empat tahun.

Majlis mengangkat sumpah Trump sebagai Presiden AS akan berlangsung pada 20 Januari 2025. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

BERITA LAIN

BERITA TERBARU