ARTIKEL

TS 25... Menang 1-0 menentang Kabeto FC.

TS 25 curi tumpuan, 16 pasukan mara Piala Battosai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: TS 25 mencuri tumpuan selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dalam saingan pusingan 32 terbaik Piala Cabaran Battosai Edisi Ketiga 2026 yang melabuhkan tirainya di Padang Kampung Bantang, Serian, Ahad lalu.

Pengerusi pertandingan, Raymond Lori berkata, saingan yang berlangsung pada 25 Oktober dan 1 November itu menyaksikan 16 pasukan mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.

“Secara keseluruhannya, semua perlawanan pusingan 32 pada minggu pertama dan kedua berlangsung dengan lancar serta jayanya.

9774 FC… Membelasah KMBS Citizen dengan jaringan 5-0.

“Malah, beberapa perlawanan berlangsung sengit sehingga terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

“Antara pasukan yang paling menyerlah dan mencuri tumpuan ialah TS 25 yang menunjukkan prestasi permainan cukup membanggakan sepanjang pusingan ini,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Menurut Raymond, kejohanan anjuran Kelab Battosai United itu turut memperlihatkan komitmen tinggi pasukan bertanding, selain semangat kesukanan yang baik dalam kalangan pemain dan penyokong.

“Menjelang pusingan 16 terbaik, kami berharap semua pasukan yang layak akan terus memberikan aksi terbaik, mempamerkan semangat juang tinggi serta mengekalkan disiplin sepanjang perlawanan.

“Menang atau kalah adalah adat dalam bola sepak.

Apa yang penting ialah semangat kesukanan, persaingan sihat dan sikap saling menghormati antara satu sama lain,” jelasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pengurus pasukan, pemain, penyokong dan pihak yang terlibat dalam memastikan perjalanan pertandingan berlangsung lancar.

Dalam aksi minggu kedua, MP United dan 9774 FC mencatat kemenangan terbesar apabila masing-masing membelasah Sapur United dan KMBS Citizen dengan keputusan 5-0.

Extra Squad turut menampilkan aksi meyakinkan selepas menewaskan OPC FC 3-0, manakala SME FC mengatasi SIJO FC 3-1 untuk mengesahkan kemaraan.

Sementara itu, MDR SC menewaskan Sikog FT 2-0, manakala TS 25 mengatasi Kabeto FC 1-0 dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan memberikan tentangan sengit.

Dua lagi perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas Newville FC terikat 1-1 dengan Lan’s United sebelum menang 5-4, manakala Krusen United menyingkirkan Supan Bilian FT 4-2 menerusi penalti selepas kedua-dua pasukan seri 2-2.

Keputusan itu melengkapkan lapan pasukan yang mara daripada saingan minggu kedua, sekali gus menyertai lapan lagi pasukan yang terlebih dahulu mengesahkan tempat pada minggu pertama.

Pusingan 16 terbaik dijangka menyaksikan persaingan lebih mencabar apabila pasukan yang masih bertahan meneruskan misi memburu kejuaraan Piala Cabaran Battosai 2026.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU