ARTIKEL

Barisan pemain TSI FC meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala FA Tunku 2026 selepas menewaskan ABF FC 1-0 pada aksi final, baru-baru ini.

TSI FC Pertahan Kejuaraan Piala FA Tunku 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: TSI FC membuktikan keunggulan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA Tunku 2026 selepas menewaskan ABF FC 1-0 dalam aksi final, sekali gus muncul juara buat kali kedua berturut-turut.

Pengurus pasukan TSI FC, Shahrin Abdul Rahim berkata, kejayaan itu cukup bermakna selepas barisan pemain berjaya mengekalkan momentum kemenangan meskipun berdepan tentangan sengit daripada ABF FC sepanjang perlawanan.

“Kami berjaya mempamerkan prestasi yang baik ketika menentang ABF FC. Mereka merupakan lawan yang cukup sukar.

“Namun, barisan pemain berjaya memberikan persembahan terbaik untuk memastikan kejuaraan kekal menjadi milik kami,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Menurut Shahrin, disiplin tinggi dan persediaan rapi menjadi antara faktor utama kejayaan TSI FC mengekalkan prestasi konsisten sehingga berjaya mempertahankan gelaran.

“Kami sentiasa bersedia untuk mengharungi apa-apa juga perlawanan dan memberikan penekanan disiplin pemain kerana itulah antara kunci utama kejayaan pasukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shahrin berkata, kejayaan mempertahankan Piala FA Tunku menjadi suntikan semangat kepada pasukannya untuk menetapkan sasaran lebih tinggi dalam saingan musim hadapan.

“Bagi musim 2027, kami mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada saingan liga dengan sasaran untuk muncul juara,” katanya.

Dalam aksi final berkenaan, Abang Nur A’firddin muncul wira TSI FC apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas ABF FC.

Jaringan tersebut sekali gus memadamkan harapan ABF FC untuk merangkul kejuaraan, meskipun memberikan tentangan sengit kepada penyandang juara itu.

Kemenangan berkenaan membolehkan TSI FC membawa pulang hadiah wang tunai RM600 berserta piala dan pingat sebagai ganjaran mempertahankan kejuaraan.

Sementara itu, Abang Nur A’firddin turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas menjaringkan gol kemenangan yang memastikan kejayaan pasukannya.

Kejayaan mempertahankan Piala FA Tunku 2026 itu turut menjadi bekalan keyakinan buat TSI FC untuk meneruskan momentum cemerlang dalam usaha memburu gelaran liga pada musim depan.

Kejohanan Piala FA Tunku 2026 menyaksikan penyertaan 15 pasukan dari sekitar Kuching dan Samarahan bersaing merebut kejuaraan, sekali gus menyediakan medan persaingan kompetitif kepada pasukan yang mengambil bahagian.

BERITA LAIN

Bimbang resipi tradisi lenyap ditelan zaman

DARO: Di sebalik keenakan kuih celorot dan serunding lokan, tersimpan khazanah budaya serta resipi turun-temurun yang semakin berdepan risiko dilupakan apabila generasi muda kurang berminat

BERITA TERBARU

Bimbang resipi tradisi lenyap ditelan zaman

DARO: Di sebalik keenakan kuih celorot dan serunding lokan, tersimpan khazanah budaya serta resipi turun-temurun yang semakin berdepan risiko dilupakan apabila generasi muda kurang berminat