ARTIKEL

TAHNIAH... Ivy Tan (belakang, tengah) ditemani Mohammed Kamaluddin dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama para pemenang.

Tuah Nurjehan masak MAGGI, bawa pulang Ford Ranger XL edisi terhad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tidak pernah kenal erti mengalah selepas hanya meraih tempat kedua tahun lalu, percubaan kedua Nurjehan Salleh, 40, dalam kempen MAGGI® Jom Masak & Menang Bersama akhirnya membuahkan tuah apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama kempen Gawai tahun ini.

Kemenangan itu membolehkan penjawat awam dari Kampung Bukit Berangan, Kota Samarahan berkenaan membawa pulang sebuah Ford Ranger XL edisi terhad yang menampilkan rekaan khas berasaskan motif tempatan Sarawak.

TUAH MASAK… Ivy Tan (tengah) ditemani Mohammed Kamaluddin (tiga kiri) menyampaikan replika kunci Ford Ranger XL edisi terhad kepada Nurjehan sambil disaksi tetamu kehormat lain.

Lebih manis, kemenangan itu hadir selepas Nurjehan berkali-kali menyertai peraduan berkenaan dan sebelum ini pernah muncul sebagai pemenang tempat kedua.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat memenangi peraduan MAGGI ini.

UNTUK KELUARGA… Ivy Tan (kiri) ditemani Mohammed Kamaluddin (kanan) merakam kenangan bersama Nurjehan dan ahli keluarganya sambil mempromosikan produk MAGGI.

Saya memang sudah banyak kali menyertainya dan sebelum ini biasanya hanya menerima baucar atau e-dompet.

“Setiap kali membeli MAGGI, saya akan menghantar resit untuk menyertai peraduan.

GEMBIRA… Nurjehan merakam gambar bersama hadiah utama kempen MAGGI® Jom Masak & Menang Bersama berupa Ford Ranger XL edisi terhad.

Rasanya sudah lebih 20 kali saya mencuba,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah di pusat beli-belah Vivacity, di sini, hari ini.

Hadiah disampaikan Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura Ivy Tan Link Cheh yang turut ditemani Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie.

BERI FOKUS… Nurjehan ketika menyediakan masakannya pada kempen MAGGI® Jom Masak & Menang Bersama di pusat beli belah Vivacity Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, Nurjehan memberitahu, beliau membuat persediaan khusus sebelum menyertai pusingan akhir dengan mendapatkan maklumat berkaitan MAGGI selain mendalami pengetahuan mengenai masakan tradisional Sarawak.

Katanya, persediaan itu penting memandangkan kempen berkenaan bertemakan Gawai dan peserta perlu mengetengahkan elemen masakan tempatan.

“Saya membuka laman sesawang MAGGI dan membaca maklumat berkaitan produk serta masakan Sarawak, khususnya yang berkaitan dengan Gawai.

“Untuk pusingan akhir, saya menyediakan nasi goreng tepus bersama terung asam, selain sambal tepus dan terung asam menggunakan pes MAGGI,” katanya.

Menurutnya, terung asam bukan bahan asing baginya kerana ia antara bahan masakan kegemaran ibunya dan kerap digunakan ketika menyediakan hidangan di rumah.

“Apabila mengetahui terung asam menjadi bahan rahsia, saya rasa teruja kerana ia memang kegemaran emak dan kami kerap memasaknya di rumah.

“Cuma, saya tidak pernah memasak dalam suasana dengan jumlah orang yang ramai seperti itu, jadi memang agak gementar,” katanya.

Mengenai kemenangannya, Nurjehan berkata, beliau akan membawa ibu dan keluarga berjalan-jalan menggunakan kenderaan berkenaan, selain memanfaatkan hadiah tersebut sebaik mungkin.

Beliau yang mengakui sebagai peminat MAGGI kari dan MAGGI sup berkata, pengalaman menyertai kempen itu juga membuktikan usaha berterusan akhirnya membuahkan hasil.

“Saya memang peminat MAGGI kari dan MAGGI sup.

Jadi, setiap kali membeli, saya akan cuba nasib dengan menghantar resit untuk menyertai peraduan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU