ARTIKEL

Tuai 10 pingat emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PESERTA Kelab Taekwondo Seni Mempertahankan Diri Kuching (WTF) berjaya meraih 10 pingat emas Kejohanan Taekwondo (WTF) Antarabangsa Ketua Menteri Sarawak Piala Borneo 2019 di Stadium Peroaduan Negeri Sarawak.

Selain itu, lapan pingat perak dan 25 pingat gangsa turut diraih pada kejohanan tersebut.

Sebanyak 800 peserta dari 20 buah negara dan 25 pasukan telah bertanding di kejohanan antarabangsa tersebut.

Jurulatih yang bertanggungjawab Tan Chen Qiang berkata, kemenangan kontinjen mereka sekali lagi sebagai pencapaian yang begitu menggembirakan.

“Selain itu, ia adalah hasil selepas penat lelah serta kegigihan peserta menjalani latihan intensif bersama kontinjen Kelab Taekwondo Bumi Kenyalang bulan lepas,” katanya.

Beliau berharap, kontinjen mereka dapat berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli lain serta mendorong mereka menyertai kejohanan-kejohanan akan datang.

Selain itu, beliau juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Grandmaster Tan Check Joon, Pengerusi Teknikal Negeri dan Ketua Jurulatih Negeri Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF), atas sokongan penuh beliau dengan memberikan mereka perluar menyertai kejohanan antarabangsa tersebut.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU