Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Tubuh jawatankuasa khas baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menubuhkan jawatankuasa khusus baharu untuk isu kewarganegaraan di Sarawak jika Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan Sarawak dibubarkan, kata Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.

Menurutnya, ini kerana masih ramai lagi dalam kalangan rakyat seluruh Sarawak terutamanya kanak-kanak menghadapi masalah dokumentasi diri.

“Jika Jawatankuasa Khas Warganegara Sarawak sebelum ini tidak diteruskan disebabkan ia ditubuhkan di bawah pimpinan kerajaan lepas, maka PH patut menubuhkan satu jawatankuasa khusus dalam bentuk mekanisme baharu untuk isu kewarganegaraan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penangguhan Pesta Tanjong di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang di sini, semalam.

Jelasnya, beliau tidak mahu kanak-kanak gagal menyambung pelajaran hanya disebabkan isu tersebut.

Selainitu,Lukanisman turut mengingatkan bahawa Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan Sarawak sebelum ini telah menunjukkan kejayaan membantu rakyat yang mempunyai masalah kewarganegaraan.

Sebelum ini, jawatankuasa tersebut bermesyuarat sebanyak 23 kali dan menerima sebanyak 723 permohonan dengan 127 daripadanya berjaya mendapat kelulusan.

Melalui jawatankuasa itu, proses penapisan dan membuat semakan permohonan kewarganegaraan dapat dilakukan sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan membuat syor sama ada permohonan tersebut disokong atau tidak.

Baca lain  Lapan lagi kluster baharu di Sarawak

Baru-baru ini, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah mengatakan bahawa beliau menerima surat bertarikh 22 Julai 2019 daripada KDN menyatakan kementerian itu tidak meneruskan jawatankuasa khas tersebut yang ditubuhkan pada Oktorber 2016 di bawah Perkara 15 (A) Perlembagaan Persekutuaan.

Fatimah yang kecewa dengan keputusan tersebut kini meminta penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan untuk tidak meneruskan jawatankuasa tersebut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru