ARTIKEL

Abdul Karim bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-78, Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Tujuh acara utama sempena sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-78 TYT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bakal berlangsung meriah dengan pelaksanaan tujuh acara tonggak bermula dari 10 hingga 13 Oktober depan.

Abdul Karim bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-78, Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan rasmi yang berlangsung selama empat hari itu akan diadakan di bandar raya Kuching.

Menurutnya, ia termasuk majlis kesyukuran, khutbah khas, majlis kesyukuran agama-agama lain, istiadat perbarisan dan rapat raksasa, Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri, majlis jamuan negeri serta majlis jamuah teh.

“Sementara Majlis Seni Sarawak (MSS) selaku agensi peneraju menyusun pelbagai persembahan merangkumi persembahan pembukaan oleh 50 pelajar dengan membawa lagu Dirgahayu oleh Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah.

“Terdapat persembahan nyanyian berkonsepkan medley oleh, Dayang Nurfaizah dan Bob Yusof yang berlatar belakangan lagu 60-an.

“Seterusnya, persembahan kebudayaan berupa Rampaian Etnik Kreatif yang bakal dipersembahkan oleh 100 orang, mencampurkan enam suku kaum dari seluruh Sarawak,” katanya.

Abdul Karim yang juga menteri bertanggungjawab sambutan berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-78, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tahun 2024 di sini, hari ini.

Tambahnya, kesemua acara yang diadakan kelak disusun dan diatur sebaik mungkin oleh Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) selaku penganjur utama.

“Bermula pada 6 petang, 10 Oktober diadakan majlis kesyukuran bertempat di Masjid Jamek, diikuti khutbah khas pada waktu solat jumaat, 11 Oktober yang diadakan serentak di masjid seluruh Sarawak.

“Sementara majlis kesyukuran agama-agama lain bakal berlangsung pada 8 malam, 11 Oktober bertempat di Hotel Riverside Majestic melibatkan seramai 750 kehadiran tetamu jemputan.

“Untuk acara istiadat perbarisan dan rapat raksasa, ia diadakan pada 12 Oktober bermula 8 pagi dan akan dibarisi oleh kontinjen negeri. Orang ramai dialu-alukan untuk hadir menyaksikan program yang berlangsung di Padang Merdeka ini,” jelasnya.

Mengenai Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak, beliau memberitahu ia bakal berlangsung pada 11.30 pagi, 12 Oktober bertempat di Astana Negeri.

“Seterusnya, majlis jamuan negeri diadakan pada 8 malam, hari yang sama bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Sambutan perayaan diakhiri dengan majlis jamuan teh pada 10 pagi, 13 Oktober bertempat di Hotel Riverside Majestic,” tambahnya.

Ujarnya, acara yang disusun itu bakal diserikan dengan kehadiran Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, barisan kabinet negeri serta dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain.

Sambutan perayaan berkenaan juga akan disiarkan secara langsung di TVS saluran 122 Astro dan MyTV serta di Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Youtube, UKAS Channel.

Untuk rekod, ia merupakan sambutan perayaan hari lahir rasmi pertama Yang di-Pertuan Negeri, Tun Wan Junaidi selepas dilantik menggalas tanggungjawab tersebut bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028, bagi tempoh empat tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU