ARTIKEL

ACP Ahmad Adnan Basri

Tujuh individu ditahan berhubung kes bunuh lelaki di Teluk Intan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH, Perak: Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 32 tahun di sebuah taman perumahan dekat Langkap, Teluk Intan di sini pada 5 April lepas. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri, berkata semua individu berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberkas di beberapa lokasi berasingan sekitar Teluk Intan.

“Kita menerima panggilan telefon daripada seorang doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Teluk Intan pada 8.15 malam (5 April) yang memaklumkan seorang pesakit lelaki warga tempatan tidak sedarkan diri disebabkan luka pada bahagian dada dan leher akibat terkena senjata tajam.

“Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di hospital itu mendapati seorang lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga menghantar mangsa dan terus menghilangkan diri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ahmad Adnan berkata hasil soal siasat mendapati kejadian itu berpunca daripada tindakan mangsa yang mengganggu isteri salah seorang suspek.

Ahmad Adnan berkata semua suspek direman tujuh hari bermula 6 hingga 12 April ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis sedang giat mengesan seorang lelaki warga tempatan yang juga merupakan suspek dalam kes tersebut bagi melengkapkan siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu (D. Tanabalan, 42) diminta menghubungi pegawai penyiasat, ASP Shahrul Shamsudin, di talian 05-6233969 atau 017-9752668 dan mana-mana polis berhampiran,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah