ARTIKEL

Kredit: Bernama

Tujuh maut, lebih 820,000 keluarga terjejas akibat tiga taufan di Filipina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Jumlah kematian akibat kesan gabungan taufan Nika (nama antarabangsa Toraji), Ofel (Usagi) dan Pepito (Man-yi) telah meningkat kepada tujuh dengan kira-kira 820,831 keluarga terjejas, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) pada Rabu.

Agensi Berita Filipina (PNA) melaporkan dalam laporan situasi terbaharunya, agensi itu menyatakan bahawa tujuh kematian berkenaan kesemuanya dari Lembah Cagayan, masih dalam proses pengesahan

NDRRMC turut melaporkan bahawa 14 orang cedera dengan 11 daripadanya telah disahkan – sembilan di wilayah Cordillera dan dua di Luzon Tengah.

Laporan mengenai tiga lagi individu cedera di Lembah Cagayan juga sedang disahkan.

Pihak berkuasa juga sedang mengesahkan laporan mengenai tiga orang hilang – dua di Luzon Tengah dan seorang di Lembah Cagayan.

Kesemua angka ini tertakluk kepada perubahan kerana proses pengesahan masih dijalankan, menurut agensi itu.

Sementara itu, NDRRMC menyatakan bahawa keluarga terjejas adalah bersamaan dengan 3,031,171 orang yang tinggal di 5,859 kampung di wilayah Ilocos, Lembah Cagayan, Luzon Tengah, Calabarzon, Mimaropa, Bicol dan Cordillera.

Setakat laporan ini, agensi itu memaklumkan bahawa 82,810 keluarga atau 288,566 orang menerima bantuan di 2,693 pusat pemindahan manakala 43,015 keluarga atau 154,291 individu menerima bantuan di luar pusat pemindahan.

Keluarga yang dipindahkan terlebih dahulu berjumlah 212,161, terdiri daripada 721,369 individu yang tinggal di wilayah Ilocos, Lembah Cagayan, Luzon Tengah, Calabarzon, Mimaropa, Bicol dan Wilayah Ibu Negara.

Jumlah rumah yang rosak telah mencecah 22,421 di enam wilayah – 19,014 daripadanya mengalami kerosakan “sebahagiannya” manakala 3,407 musnah sepenuhnya.

Kerosakan kepada pertanian dan infrastruktur dianggarkan masing-masing berjumlah PHP8.64 juta dan PHP1.54 bilion. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha