NEW DELHI: Satu letupan di sebuah kilang gula di selatan India pada Rabu mengorbankan tujuh orang.
Kejadian itu berlaku di daerah Belagavi, negeri Karnataka ketika kerja pembaikan sedang dijalankan pada sebuah dandang setinggi 12 meter, menurut laporan media tempatan.
Pada mulanya tiga kematian dilaporkan, namun jumlah korban meningkat pada Khamis selepas empat lagi pekerja meninggal dunia akibat kecederaan melecur terkena air panas semasa letupan dandang itu.
Seorang lagi mangsa yang cedera parah sedang menerima rawatan di hospital. – BERNAMA



