ARTIKEL

Tun Taib pemimpin terbaik, terlalu banyak sumbangan untuk negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah pemimpin terbaik yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara khususnya Sarawak.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sepanjang menjadi wakil rakyat beliau telah melihat sendiri komitmen serta kerja keras Allahyarham dalam membangunan negeri.

“Kita telah kehilangan Tun Taib, beliau merupakan pemimpin terbaik yang telah berkhidmat untuk tempoh begitu lama kepada negara terutamanya Sarawak.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya itu, beliau membawakan pelbagai pembangunan dan kemajuan yang tidak ternilai untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Kanowit tu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Taib di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

“Secara peribadi, saya yang mula berkhidmat sebagai wakil rakyat sejak tahun 2000 telah beberapa kali menjalin kerjasama dan mengadakan perjumpaan dengan beliau untuk memajukan kawasan pentadbiran saya.

“Bagi saya, beliau merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, tegas dan berwawasan tinggi untuk membawa Sarawak yang ada hari ini,” ujarnya.

Baca lain  Angin kencang musnahkan harta benda di Rumah Panjang Banyan Lepong, Sugai, Pakan

Allahyarham Tun Taib mencipta sejarah dalam politik apabila menjadi individu termuda dilantik dalam kabinet sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya pada tahun 1963 ketika berusia 27 tahun.

Bermula pada tarikh 26 Mac 1981, Allahyarham mengambil alih pentadbiran Kerajaan Sarawak daripada Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri sehingga 28 Februari 2014, seterusnya menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Negeri ketujuh sehingga bulan lalu.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak pesat membangun selari dengan PCDS 2030

BINTULU: Sarawak terus pesat membangun dengan pelbagai projek-projek pembangunan, terutamanya melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas,

BERITA TERBARU

Sarawak pesat membangun selari dengan PCDS 2030

BINTULU: Sarawak terus pesat membangun dengan pelbagai projek-projek pembangunan, terutamanya melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas,