ARTIKEL

Jumaat Ibrahim

Tun Taib pencetus muaythai Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, memberi implikasi cukup hebat dalam dunia sukan Sarawak.

Terutama sukan tempur jarak dekat iaitu Muaythai, mengambil kira sumbangan besar Allahyarham yang menjadi pencetus utama kewujudan Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS).

Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim menyifatkan pemergiaan Allahyarham Tun Taib satu kehilangan besar dan amat dirasai dalam dunia sukan Muaythai Sarawak.

“Allahyarham (Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) adalah peminat tegar sukan Muaythai. Beliau sentiasa memberi sokongan kepada pembangunan sukan ini,” kata Jumaat kepada Arena Suara Sarawak.

Rentetan dari minat mendalam Allahyarham terhadap sukan Muaythai dilihat pencetus aura menjadikan Kejohanan Muaythai Piala TYT Sarawak sebagai salah satu acara tahunan badan induk PMNS.

Menurut Jumaat, PMNS sesugguhnya akan sentiasa mengabadikan nama Allahyarham dalam peta PMNS selepas ini.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU