ARTIKEL

Tun Wan Junaidi Hadiri Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Limbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Sanusi, selamat tiba di Limbang bagi meraikan Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan isteri pada jam 3.12 petang di Lapangan Terbang Limbang disambut oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah.

Sehubungan itu, ketibaan beliau adalah bagi menghadiri jemputan rasmi ke Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Hari Keputeraan tersebut.

Tun Wan Junaidi dan isteri turut dijadualkan menghadiri Majlis Kesyukuran yang diadakan di Masjid Jannahtul Firdaus pada petang ini.

Seterusnya, pada Sabtu beliau akan menghadiri Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Dewan Suarah Limbang, dan ini merupakan antara acara utama di peringkat negeri Sarawak bagi mengingati Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Lawatan akan diteruskan ke Pameran Raja Kita yang diadakan di perkarangan Dewan Suarah.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan), Datuk Abdul Rahman Ismail, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Danau, Dato Paulus Palu Gumbang.

Tun Wan Junaidi serta isteri selamat tiba di Lapangan Terbang Limbang bagi meraikan Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini. (FOTO: UKAS)

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi