ARTIKEL

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bergambar kenangan bersama peniaga serta pengunjung Tamu Betong di sini, hari ini. Foto: Astana Sarawak

Tun Wan Junaidi kagumi sambutan mesra masyarakat Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi amat mengagumi layanan mesra dan sambutan hangat masyarakat Betong sepanjang berlangsungnya Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak, 2026.

Ketika mengunjungi Pasar Hasil Luar Bandar Betong, atau lebih dikenali sebagai Tamu Betong, sekitar jam 7.00 pagi, pasangan berkenaan disambut penuh mesra oleh para peniaga dan pengunjung.

Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra serta merakam kenangan bersama mereka.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah memilih produk yang dijual di Tamu Betong, hari ini. Foto: Astana Sarawak

Tamu Betong merupakan antara pusat tumpuan utama masyarakat setempat yang terkenal dengan kepelbagaian hasil hutan dan pertanian tradisional Sarawak.

Pasar tersebut menawarkan pelbagai produk tempatan termasuk ulaman liar segar, sayur-sayuran, buah-buahan serta aneka makanan kering yang menjadi identiti komuniti setempat.

Sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti ekonomi komuniti luar bandar, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut membeli beberapa barangan yang dijual peniaga tempatan.

Mereka mendoakan agar para peniaga terus dimurahkan rezeki, perniagaan mereka berkembang maju dan Tamu Betong kekal menjadi nadi ekonomi yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat di Bahagian Betong.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bergambar kenangan bersama peniaga serta pengunjung Tamu Betong di sini, hari ini. Foto: Astana Sarawak

Sejurus selepas lawatan tersebut, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah, diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, menikmati sarapan pagi di Gerai Bumiputera Majlis Daerah Betong (MDB).

Suasana santai dan penuh kemesraan jelas terpancar apabila pasangan berkenaan berinteraksi dengan masyarakat setempat yang turut hadir menikmati sarapan pagi.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berada di Betong bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak, 2026.

Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr Richard Rapu, dan Residen Bahagian Betong, Datuk Richard Michael Abunawas, turut hadir sama.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah memilih produk yang dijual di Tamu Betong, hari ini. Foto: Astana Sarawak

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU