ARTIKEL

Tun Wan Junaidi serta rombongan tiba di Masjid Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Sadong Jaya.

Tun Wan Junaidi kunjungi tanah kelahiran di Kampung Pendam, Sadong Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ditemani isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mengunjungi kampung halamannya, Kampung Pendam di Sadong Jaya, hari ini.

Kunjungan yang antara lain bagi menziarahi pusara ayahanda beliau di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sadong Jaya itu, turut diiringi Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Tun Wan Junaidi ditemani isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menziarahi pusara ayahanda beliau di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sadong Jaya.

Turut serta ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo serta Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee.

Rombongan Tun Wan Junaidi tiba di pekarangan Masjid Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub pada pukul 12.50 tengah hari tadi. Disambut oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) termasuk penduduk kampung.

Tun Wan Junaidi disambut mesra salah seorang ahli keluarga terdekat beliau yang masih menetap di Kampung Pendam.

Ketibaan beliau disambut ramai dan mesra oleh penduduk jati kampung tersebut yang nyata berbangga dengan anak kelahiran Kampung Pendam itu kini merupakan ketua pemerintah bagi wilayah Sarawak.

Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut, beliau bersama-sama rombongan seterusnya menghadiri Majlis Makan Tengah Hari yang diadakan di Dewan Masjid Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub.

Dilahirkan pada 1 Februari 1945 di Kampung Pendam, beliau daripada keluarga penjawat awam semasa era pemerintah kolonial British pada 1950-an menerusi bapa saudara sebelah ibu, Junaidi Wan Abu Bakar dan sepupunya Wan Jamaluddin, iaitu orang Arab-Melayu Asajaya pertama menyertai Konstabulari Sarawak.

Untuk rekod, Tun Wan Junaidi, 78, mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri kelapan pada Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Januari lalu.

Beliau dilantik bagi tempoh empat tahun sehingga 26 Januari 2028, sekali gus menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu sejak 1 Mac 2014.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti